Wednesday, 14 March 2012

Ayah Dan Ibu

Assalamualaikum,berkenaan tajuk diatas? apa yang saya terfikir sekarang tentang tajuk itu? ya, ayah dan ibu. Ramai dikalangan kita yang ada ayah dan ibu ,dan ada dikalangan kita juga yang tidak mempunyai ayah dan ibu. Bagi yang masih mempunyai kedua-duanya seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T........kenapa harus bersyukur?? kerana ayah dan ibu ialah pendorong bagi kita meneruskan kehidupan..cuba bayangkan jika dari kecil kita tak ada ibu bapa, terjagakah makan minum kita,pakaian kita, dan dari segi keuangan..mungkin kita kadang-kadang lupa tentang itu, betul x?

Pernah terdengar dan terlihat dalam berita tentang seorang anak yang meninggalkan ibunya di hotel, MasyaAllah, itu yang dinamakan anak, susah-susah mereka menjaga anak mereka, itu balasan yang diberi kepada kepada orang tuanya?? saya namakan itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.





Manusia zaman sekarang sudah berubah dan mudah melupakan kedua ibu bapa mereka,antaranya :-
  1. Apabila dah masuk belajar di ipt atau sudah bekerja jauh-jauh, susah nak telefon orang tua mereka.
  2. Bila sudah bekerja, nak hulur duit pun payah.
  3. Membelakangkan ibu bapa apabila membuat sesuatu perkara.
  4. lebih sayangkan pasangan( girlfriend) dari ayah dan ibu, itu faktor yang menyebabkan kahwin lari.
  5. ada banyak lagi yang tidak tertulis disini.



Jadi saya harap anda sayangilah ibu dan bapa anda selagi mereka hidup, bertanyakan khabar mereka melalui telefon  sudah membuat hati mereka berdua gembira :).Bila berjaya jangan lupa Allah S.W.T dan paling penting jangan lupa ayah dan ibu ye :)..wassalam...





tema untuk tajuk ini ialah "ayah dan ibu" jadi saya tujukan untuk pembaca2 blog sya dengan tajuk yang sama , enjoy :)

No comments:

Post a Comment